![]() |
Muhaimin |
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat
itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu
sedekah jariah atau ilmu memberi manfaat
dan anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:
Pertama : Mewaqafkan sebidang tanah bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. mewakafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya serta mewaqafkan Al Quran kepada Masjid, meyumbangkan sedekah kerana Allah kepada sesiapa sahaja ketika masih hidup. Kita yang masih hidup juga boleh mewaqafkan apa sahaja atas nama simati bapa kita atau Ibu kita yang telah meninggal.

contoh aku wakafkan tapak masjid ini atas nama ibuku
walaupun ibunya sudah meninggal tetapi di alam kuburnya ibunya tetap menerima
Pahala wakaf ini.selagi masih wujud walapun sehingga kiamat… Walllahualam…
Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.
Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"
Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.
Dalam hal ini juga sejahil mana pun anaknya jika mengadakan tahlil doa selamat untuk ibunya IsnyaAllah akan sampai pahala itu kepada Ibunya…Wallahualam…