Thursday, 2 August 2012

Muhaimin : 3 Perkara Di Bawa Ke Kubur...

Muhaimin

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi manfaat  dan anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) 


Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

Pertama : Mewaqafkan sebidang tanah bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. mewakafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya serta mewaqafkan Al Quran kepada Masjid, meyumbangkan sedekah kerana Allah kepada sesiapa sahaja ketika masih hidup. Kita yang masih hidup juga boleh mewaqafkan apa sahaja atas nama simati bapa kita atau Ibu kita yang telah meninggal.
contoh aku wakafkan tapak masjid ini atas nama ibuku walaupun ibunya sudah meninggal tetapi di alam kuburnya ibunya tetap menerima Pahala wakaf ini.selagi masih wujud walapun sehingga kiamat… Walllahualam…

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"

Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.
Dalam hal ini juga sejahil mana pun anaknya jika mengadakan tahlil doa selamat untuk ibunya IsnyaAllah akan sampai pahala itu kepada Ibunya…Wallahualam…

Wednesday, 1 August 2012

Mesyuarat Agong Pekida Langkawi 2011

Mesyuarat Agomg Pekida Langkawi. tururt bersama Dato' Hj Wan Salleh Wan Isa.

Majlis Hari Raya Pekida Negeri Kelantan.

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Negeri Kelantan, Ayahanda Hj Jamaludin Yusof Presiden Pekida Malaysia Majlis Rumah Terbuka Pekida Negeri Kelantan.
Rumah Terbuka Pekida Negeri Kelantan turut di hadiri Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan,Presiden Pekida Malaysia Ayahanda Hj Jamaludin Yusof, Ayahanda Hj Kori.turut bersama Kanda Amin,muhaimin.

Majlis Hari Raya Pekida Pokok Sena, Rumah Ayahanda Paklang Kob

Majlis Hari Raya Pekida Pokok Sena, Rumah Ayahanda Paklang Kob
Majlis Hari Raya Pekida Pokok Sena.

Majlis Hari Raya Pokok Sena

Kanda Amin  Muhaimin
Majlis Hari Raya Pekida Pokok Sena 2012.
Turut Bersama Presiden Pekida Malaysia Ayahanda Hj Jamaludin Yusof, YB Dato' Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Muhamad Izzat Adun Bukit Lada, Kanda Amin, Muhaimin dan Ayahanda Hashim Sg Lalang.